Sunday, May 10, 2009

Swine Flu a.k.a Selsema Babi


800px-swine_flu_masked_train_passengers_in_mexico_city

Selsema Babi? Penyakit Baru ka? Kalau dulu2 kita dengar Selsema Burung atau SARS, JE (juga bawaan haiwan ini), penyakit ini juga tidak kurang hebatnya. Ianya merupakan satu penyakit respiratori (pernafasan) yang selalu ditemui dalam kawanan babi yang pada asalnya disebabkan oleh virus Influenza jenis A (H1N1) yang telah berubah atau melalui proses mutasi dan menjadi wabak baru.

Berita terbaru menyatakan bahawa 17 orang telah dikuarantin di Sepanyol kesan jangkitan terbaru ini. Menurut laporan dari CDC ( Centres of Disease Control and Prevention) pula, dari Mac hingga April 2009 sahaja sebanyak lebih 1000 kes selsema babi dikesan di Mexico dan telah mengakibatkan lebih 80 orang maut. GANAS…!

Mari kita renungkan terjemahan ayat Al-Quran ini yang dipetik dari Surah An-Nahl; Ayat 115 :

Hanya Dia (Allah) mengharamkan atas kamu (memakan) mayat, darah, daging babi dan haiwan yang disembelih bukan atas nama Allah. Barangsiapa terpaksa dengan tiada aniaya dan tiada pula melampaui batas, sungguh Allah Pengampun lagi Penyayang.

(dipetik dari Tafsir Al-Quran oleh Prof Dr. H. Mahmud Yunus , terbitan no 3/1969)

Simptom penyakit Selsema Babi ini ialah demam, batuk, selsema, kepenatan dan kurang selera makan. Laporan juga menyebut terdapat simptom lain iaitu loya, muntah-muntah, sakit tekak dan cirit-birit. Jadi, cepat2 ke hospital atau klinik berhampiran jika anda ingin kepastian (kalau sakit la).

Jadi, Selalulah menjaga kebersihan diri dan selalu cuci tangan.

0 Comments:

Post a Comment

LeaVe YouR CoMMeNT HeRe. THaNK You!